Monday, December 19, 2011

6 bulan = 10kg ......? KAKI BAMBAM

Pregnancy check-up yang ke-5. Semuanya dalam kawalan.


  • Paras gula dlm darah : Normal
  • Tekanan darah : Normal
  • Berat badan : Balance
  • Tumbesaran baby : Normal


Result memang maveles! hahaha.


Tapi entah kenapa, balik dari checkup.... something happen!! Kakiku!! Erghhh... Asal tiba-tiba pula membengkak? Pregnancy baru baru nak masuk 25 minggu. Terus panik!! Kalau refer balik waktu carry twins, kaki kiriku bengkak juga. Tapi sebelah tu je la.. Tu pun pun dah masuk 8 bulan baru membengkak. Kali ni bengkak dua-dua belah kaki. Nampak cam 'tembam'.. ahaha.. Kaki Bambam! Terus SMS En. Hubby. Hantar report (a.k.a mengadu mengada-ngada). 


Me : "Hubby, kaki ayang membengkak ='( "

En. Hubby : "Sabar Ayang....."

Me : "Tadi Ayang terus call Doktor.. Masa g check takde pun bengkak2 ni.. Doktor kata normal sbb berat naik 10kg..kan. Pastu doktor gelak! Penat lah Ayang. Lps ni tak mo jalan dah!! =( "

Hubby : "Hehe.. Takpe la nanti Hubby dukung Ayang"

Me : "Hehehehehe.. Larat ke? ++KG dah ni =P Tak yah la sampai dukung.. Malam2 Hubby tolong urutkan je.. Kurang skit bengkak & cramp kaki ayang.. lalala~ "



Ni baru sikit... Masuk third trimester...hurm...kembang abis kot =( Baby sangat aktif. En. Hubby pun selalu je usap2 perut.. hehehe.. comel! Excited nak tggu anak no.4 nie lahir.. Weeeeeee...

Sunday, December 18, 2011

Minggu Busy.. Hari2 terakhir 2011

Banyak sangat cerita tak sempat nak post.. Barangkali ada yang dah terlupus dari ingatan dek kerana tak catit kat mana2 kan... Huhuhu.. Mari review sama2. Sambil2 tu boleh lah aku men-refresh ingatan ni =)


Sabtu lepas (10/12/2011) - Twins open day!! Next year twins akan mula belajar di Tadika Little Caliphs. Dah banyak playschool yang kami survey tapi rasanya tempat ini menawarkan program yang terbaik. Program yg diterapkan mmg selaras dgn International Islamic School bagi peringkat kanak2. Nak lentur buluh biar dari rebungnya, kan.. Mungkin akan ada yang kata twins kecil lagi...hurm... Dari perspektif aku pula, twins ni cepat belajar. Dari dorg ni belajar benda yang bukan2.. Baik la aku hantar dorg tuntut ilmu dunia & akhirat. Biar perabih duit pun tak pe =P Kalau nak cerita pasal program yang ditawarkan kat Tadika Little Caliphs ni, mmg smp ke sudah ler.. For more details, click la link yg disertakan.. Semuanya hado! hehehe.. Cawangan pun byk.. ;) 


Ahad (11/12/2011) - Twins tak ikut balik.. So tinggal la Mama, Papa & Delisya. En. Hubby ajak jalan2 kat Ikea.. Jalan je tau (konon laaaaa....Kasi ini perempuan mengandung senaman sikit) Teruja sangat tgk small2 item for house decor. En. Hubby lagi over terujanya... Dalam otak time tu tgh match barang dgn tempat nak letak. Hurm... Memang sblm keluar kena beratur kat kaunter pembayaran.. Sebab?? En. Hubby grab byk sgt item!!! My little girl pun sempat jugak grab 1 soft toy (white little kitty). Suka sangat dgn kucing tu sampai bawa tido (~_~). Aku sorg je yang tak grab apa2.. Ibu mengandung ni teruja dengan bau-bauan makanan..ahahaha... Nasib ada yang menghalang.


Isnin (12/12/2011) - Replacement public holiday (Bday Sultan Selangor). En. Hubby keje =( Tinggal lah berdua dengan Delisya... Dia pun tau boring.. Mama dia lagi boring sbb bila dia boring, dia nak tgk Barney!!! Aku??? Waaaaaaa..... Tak pasal2 kena layan Barney jugak! Sudahnyer, pakaian my lil girl kasut... ajak dia g beli barang. Guess what??? Mood nak masak tetiba datang.. hehehehe.. Bila En. Hubby call tanya kabar..memanjang la aku tgh makan... ahahaha.. =P


Selasa - Jumaat (13-16/12/2011) - Minggu STRESS. Keje da... Bos nak g Vietnam. Ada office baru akan dibuka. Kalau boleh nak segala kerja2 renovation mst siap sebelum new year! Hurm... Demi menggembirakan umat disana, aku disini yang sakit pinggang! Start keje seawal 8am. Abis kerja selewat 8pm. Apa kes??? HUH!! Sapa kata senang uruskan payment?? Sakit hati eden! tak mo ingat dah peristiwa lepas! JANJI BOS NAMPAK SUSAH PAYAH AKU NI KAN..KAN... BONUS JGN LUPA!!! hehehehe~


Weekend yang terkini (Ahad - 18/12/2011), Dhany dah balik.. yeeeaaaahhh.. Kepoh sikit rumah.. huhuhuhu.. Dahny ni suka bercakap... Ada je benda dia nak tanya.. Sampai org dah tido pun dia still banyak tanya. Memang jawapan yang keluar semua merapu2 jadinya..ahahaha.. Opss, melalut sudah! Ari ahad, hari utk ibu mengandung bersenam!!!! Tapi senam kat shopping cmplx je..hik hik hik.. En. Hubby ajak g Jusco, Bandar Utama. Kebetulan ada voucher Jusco.. tak yah kuar ringgit time2 tgh bulan ni.. Motif kesana sebenarnya nak happy-kan dua org kanak2 ribena ni. Seronokla dapat toys lagikkkkkk.... Aku cuma sempat survey2 barang keperluan utk baby coming soon ni. Bulan depan blh la dtg lagi. Sbb dah BONUS!! Lalalalalal~ 


Minggu yang padat dgn aktiviti2 kekeluargaan je =) Pedulik la kalau ada yang nak kata aktiviti aku boring, kan..kan.. Yang pasti tanpa FB aku boleh hidup jugak!! Ahahhahaa... 



Psssttt : En. Hubby request suh aktifkan MUKA BUKU saya semula...wekekeke.. Ada orang terasa sunyilah tu... =P




Friday, December 9, 2011

Kerja sampai lebam!!!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 
La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 



Ini lah hakikat kehidupan.. Kerja..Kerja..Kerja!


Hari ni pun aku dah mcm nak naik gila.. sebab kerja!


Masuk kerja pukul 7.30am, balik kerja pukul 8pm! Terbaik lah!!!!


Kerja dah melebihi jawatan. Semua benda nak kena buat!!


Bila time bonus, 'org yang bagi arahan je' lagi berdouble - triple gaji.. Aku gigit kuku jari kaki!!!


Ergh.... Sakit Hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Monday, December 5, 2011

Aku jatuh cinta!!! GEDIK BIRU


Tajuk entry nak over vadevas jer!! hehehehe... Salahkan si BIRU... Otak aku pun dah jadi biru dek kerana mata yang sudah terpukau pada panorama biru.. Biiiiirrruuuuu... Bllllluuueeeee~ Opppssss! 


Ni gara2 aktiviti terbabas ahad lepas. Cerita dah peram lama tapi sbb angau punya pasal, smp ari ni baru nak share kat blog! Konon nak g perabis duit kat Giant, Kota Damansara. Rutin bulanan macam biasa bila awal bulan. Barang2 keperluan dlm rumah dah tinggal saki baki je. Haruslah di top-up!


Lepas shopping, g jalan2 dlm bangunan Giant tu. Saja je nak cuci mata. Beli tu mmg tidak laaaa... Pokai sudah =( Tapi En. hubby nmpk ada booth yg buat show unit utk rumah. Dia pun gatal2 mulut g tny. Kebetulan kami memang nekad nak beli rumah. Cuma tgh mencari lokasi yg betul2 boleh buat hati tersangkut, terpaut smp gila bayang! Hahahaha..


Disebabkan En. hubby ni punya lah banyak soklan maut yang ditny kepada Agen rumah tu... Kami dapat byk byk info berkenaan rumah tersebut. Siaplah dengan gift itu ini dia nak kasi.. Tu pun kalau kami bersetuju utk beli rumah tu. Offer yang menarik jugak. Umpama lps selesai urusan jual beli, kami blh terus masuk. Ala2 fully furnished gitu =) Tapi akhirnya, En. Hubby decide nak tgk kwsn rumah tu dulu sblm beli. Kalau tgk atas kertas dan rumah contoh yg comel2 tu, semuanya perfect! Tapi bila dah berada dialam yg nyata.. Masyallah... Mula lah rasa nak mengomel tak henti2 nt.


Lepas lunch, terus drive g lokasi rumah. Nasib lah rumah yg kami tgk ni dah siap sepenuhnya. Bangunan pun dah dpt CFO. Pemilik rumah yang lain pun dah mula pindah masuk. Cuma blok yg ditawarkan pada kami baru launching Jumaat lepas. Kira cam goreng pisang panas la ni.. Tggl satu blok tu je lagi... Tapi yang membuatkan saya jatuh cinta...... Suasana dan pemandangan sekeliling rumah tu... owhhh~ 




Tasik yang menyambut kedatangan kami. Suasana damai dan tenang.





Ni view dari balkoni rumah rumah.. Nampak tasik dan kawasan2 kampung berdekatan.






Ni pula gambar apartment kalau dilihat dari arah tasik. Kat tempat pic ni diambil, ada banyak gerai2 makanan yang dibuka. Santai je kwsn ni.





Disebabkan waktu kami pulang tu agak mendung nak hujan.. Nampak lah awan2 hitam. Tapi pemandangan tetap awsome!!





Tasik ni sebenarnya antara lombong yang ditinggalkan pada zaman british. Bila aktiviti melombong tidak lagi dijalankan disini, majlis perbandaran negeri mengambil langkah menjadikan tasik ni salah satu antara kwsn rekreasi di dalam selangor. Memang waktu kami sampai, ada ramai family tengah berkelah, main jet ski, memancing, bergambar.. mcm2 lagi la.. Yang datang sekadar nak makan pun ada juga.. Gerai2 kuih banyak dibukan disepanjang tasik ni. 


Dah selesai membelek kwsn rumah ni, tiba masa utk balik.. Kami menggunakan LATAR highway sebab nak cepat tembus NKVE. Penat dah berjalan sehari suntuk! Tapi tak sangka pula sepanjang perjalanan balik pun kami tetap dapat merasakan ketenangan macam nak balik kampung.... ahahaha.. Kiri kanan highway penuh dengan tasik2 kecil... Sekumpulan Burung Camar Putih pun banyak kat tasik2 ni.. Memang damai sgt.. Bukan senang nak tgk panorama mcm ni dlm bandar. Tambahan pula org mcm aku ni!! Kampung pun tak de!





Ni lah burung yang dimaksudkan... Camar Putih.. Kalau nmpk geng burung ni terbang beramai2, sangat cantik!!!! 




Sesiapa yang terbaca entry ni, mst tertanya2 kat mana lokasi rumah yang menarik perhatianku ini... hehehe.. Buat sementara ni kena rahsiakan dulu. Tunggu rumah tukar milik atas namaku, baru leh cerita lebih.. =) Loan bank pun baru nak merisik kabar =P




Saturday, December 3, 2011

Rumahku banjir!!!

Weekend yang memenatkan.. aduih... anak2 bujang buat hal. aku sangka kat luar je boleh banjir musim2 hujan ni. rupanya dlm rumah pun boleh banjir juga.


Masalah ni boleh terjadi dalam sekelip mata... Darwisy skrg tak pakai pampers dah =) Dhany pula tgh dalam proses latihan. Cuma prblm akan timbul bila Darwisy nak buang air, Dhany pun nak follow sama. Bila dua2 dalam bilik air yang sama dengan pintu tak bertutup...maka, banjirlah yang terjadi!!!!!


Hahahahaa.. Marah tetap marah!! Dua2 kena rotan!! Tapi sakitnya 5 min je... Nangisnya 10 min jer.. Gelaknye  yang tak henti2... Huish, menyirap darah!!! Nak ku marah..... ANAK! (padahal anak lah yang harus dimarahi bila buat salah...kui kui kui..)


Ni antara kenangan membesarkan kids. Mama marah 30 min jer.. Lepas2 tu, OK lah mood mama ni (~_~)


Mggu depan tak tau apa pula akal budak2 ni. Terlebih cerdik anak2 aku ni...hurm....~

Wednesday, November 30, 2011

Polynesian Nite


Sepatutnya nak publish entry ni last week.. Tapi sebab weekend sibuk sangat main kejar2 dengan anak2 dan kemas rumah.. Maka, hari ni baru berkesempatan nak share gambar dengan semua..


Lenovo Annual Dinner telah berlangsung pada 25/11/2011 (Jumaat), di Sunway Lagoon resort Hotel, PJ (Poolside) dengan tema Polynesian Nite (agak pelik bunyinya). Memang agak pening jugak staff nak mencari pakaian yang sesuai. Terutamanya pada yg mengenakan tudung. Macam aku.... simple je. Lilit saja kepala..hehehehe.. Benda tu org pggl Bohemian. Ada jugak yg sebut turban. Aku dapat inspirasi dari JLo dan Rihanna. Kalau artis M'sia, Siti ada juga mengayakan style ni.


So Tahun ni agak meriah skit dari tahun lepas sbb blh bawa register spouse.. hehehe.. Tak tahu nak cerita apa dah.. Mari layan gambar je la.. Tak byk gambar yg boleh dipublish pun memandangkan staff2 berbangsa lain mengenakan pakaian yg menjolok mata....huh??


Teeetttttttteeeeeeeeeetttttttttttttttteeeeeeeeeeeeeeet~~~


Alasan tak logik! hahahaa.. Lupa nak charge kamera sebenarnya.. Sudahnyer ni je lah yang sempat =( Banyak lagi aksi terlepas. Malam tu ada Dunking Chair. Manager2 semua kena dunk. Yang 'drunk' pun ramai jugak =P



Ni kaki tangan Event Planner kami. Lepas register kena amik gambar kat sini.





Inilah hasilnya..hehehe.. 





Lenovo FM Team... Myn, Sally, Faeza





Picture close-up! Sengaja nak kasi nampak gue punya perut.. hua hua hua.. 
(pssss: sebenarnya, ketinggian kami ni sama je tapi sbb mereka berdua pakai sandal tebal berinci-inci..kan..kan..paham2 sendiri sudah lah!)





Owh... Masa ni En. Hubby kata "dah lama kita tak bergambar peluk2".. ahahaha.. Padahal selalu je peluk2..opssss!





Minah ni mmg suke possing.. Aku tumpang muka je lah..





Huhuhu.. Meh sini tengok dekat2 =)





Berlatarkan Suasana pool.. Alamak... Ingat En. Hubby poss sorg. Aku tak bersedia apa pun. Muka sengih tak ingat :P





En. Hubby tak sabar nak terjun pool..hek hek..





Ni gambar..huish.. Candid abis :P Actly En. Hubby nak buat ala2 "will u marry me". Tapi muka tak serius.. hehehe.. ni makan dia.. lalalalalala~





Sebelum balik.. Sempat lagi ber-possing sakan.. Tapi ada plak manager nak tumpang sekaki.. Jeles ler tu!





Lastly, we again. Tgk lah kat tangan tu.. hehehe.. belon air! Kita tgk sapa yg kena..hek hek hek..


Friday, November 18, 2011

Love only happen after we get hurt

Someone sent an e-mail to me ::



"No more sweet cotton candy…..
 No more moon or stars..
 No more love but only hurts.."



Bunyi macam cinta terlarang..

Atau mungkin cinta tak berbalas...

Atau juga mungkin cinta pandang pertama....yang dikecewakan...


Yang pasti ianya cinta HALAL. It's happen btwn myself and my husband.. Kalau follow dari entry yg sblm ni (klik sini), mungkin akan ada yang akan mula faham.


Dalam blog aku ni pun (about me) ada aku nyatakan ttg kebahagiaan. Sesuatu yang sering kita terlepas pandang. Tapi tanpa kita sedari ianya berada dihati kita. Kes aku pun lebih kurang sama jer... Taksub sgt mencari kebahagiaan... padahal dah blh dikatakan 'perfect' apa yg aku ada skrg.


So aku telah menyamar menjadi org lain... motif? Nak test suami sndr. Bukan aku tak percaya dgn dia.. Cuma nak tau lebih detail apa dlm hati dia.. Kalau tanya direct, mcm dia nak jawap.. Rahsia hati lah konon.. hehehe..


Hurm... hasilnya.... Sungguh tak disangkakan.. Dia tak pernah lupa pada isteri dan anak-anaknya... Kerap kali dia mengulangi ayat betapa dia sayang pada keluarganya.. Keluarganya adalah inspirasi hidupnya.. Keluarganya adalah segala2nya utk dia.. Ayat mmg jiwang abis la.. Sampaikan aku yang konon nak menyamar pun, akhirnya mengantoikan diri sndr. Cukuplah apa yang aku tahu.... Aku percayakan hubby ku =)


Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami.. Semalam aku excited sgt.. Buat pregnancy check-up.. Result, semua 'OK'!! Kandungan genap 5 bulan. Jantina baby pun dah tau.. Siaplah doktor tu scan 360 darjah perut aku ni sbb nak tgk muka, telinga, kaki, tangan, tulang blkg...etc.. Nmpk semua progress baby. Wahhh.. Seronok.. Patutlah baby ni hyper.. rupa-rupanya dia......ttttteeeeeeeeetttttttttt... Ops, mana blh bg tau skrg! (baby tak izinkan, dia tgh tendang2 perut ni. Tau mama dia tgh bercerita pasal dia).


Darwisy, Dhany & Delisya... Semua makin hyper. Bijak tak terkira.. Macam2 benda dia nak buat.. Macam2 soalan dia nak tanya.. time ni lah mereka nak explore segala-galanya.. Ahahahaa... Next year twins dah start play school.. Tu pun twins yang request nak pergi school. pantang nampak taska, terjerit2 lah budak2 ni "tu sekolah abg. Abg nak pergi school.." Kesimpulannya, expenses pun akan meningkat 50% tahun dpn. Bulan 12 ni dah kena start buat pembentangan budget 2012 dgn hubby.


Syukur Alhamdulillah... Perjalanan hidup keluargaku dipermudahkan walaupun byk juga halangan buat kami.. Semoga usia perkahwinan kami akan kekal selamanya. Insyallah.. Amin..

Tuesday, November 15, 2011

My advance anniversary present.


Anniversary yang ke-5... Makin hampir... Tiga hari sahaja lagi...


Aku dah dapat hadiah... Dari suamiku... Tapi hadiah tu, aku jumpa sendiri...


Mulanya, aku menangis melihat hadiah tu... Ku buka satu persatu...


Mungkin aku tersentuh melihat hadiah itu... Ini kali pertama aku menerima hadiah sebegitu...


Aku cuba meminta penjelasan.. Apakah makna disebalik hadiah ni...


Tapi aku masih belum menerimanya jawapannya... Aku dibiarkan berteka teki... Mencari jawapan sendiri...


Mungkin segalanya akan jelas... Tapi bukan hari ini... Tunggu lah bila tibanya 18/11/2011..


Yang pasti ianya memori... Yang akan kekal tersemat dan abadi didalam otak ku ini...


Dan aku masih menanti sesuatu yang tak pasti...

Thursday, June 30, 2011

Masih ramai yang prihatin dengan nasib Anakku


Minggu berganti minggu... Sedar tak sedar telah sebulan Dhany ditempatkan di bilik NICU. Dhany nampak aktif. Tapi tiada siapa yang sangka Dhany sedang menderita menahan sakit. Doktor hanya bekalkan aku dgn mesin utk mengawal oksigen dalam darah Dhany. Dan pesanan dari nurse pula, kalau bacaan pada mesin menurun hingga memcecah 60 dan kebawah, cepat-cepat inform nurse yang bertugas. Mulanya aku agak tidak berapa memahami mengapa. Tapi setelah dua bulan disana menjaga Dhany, aku telah belajar sedikit sebanyak mengenai penyakit Dhany.


Memang aku banyak meluangkan masa mengadap Dhany je... Kalau kanak-kanak dah tau bercakap, senang la juga.. Mereka akan bagi tau bila sakit menyerang. tapi kalau baby? Itulah sebabnya aku tak lekang dari Dhany. Dengan wayar berselirat di seluruh badan, 2 lampu biru (phototerapi) yang diletakkan di kiri kanan incubator utk rawatan Jaundis, jarum yang dicucuk pada kaki dan tangan utk mengambil sample darah, salur tiup dimasukkan kedalam tekak bagi membantu Dhany minum..... tak sanggup aku tengok. Tapi aku harus tabah. Dhany perlukan semangat aku untuk terus bertahan.


Doktor yang merawat Dhany, tak putus2 menasihati aku supaya kerap membelai Dhany. Belaian seorg ibu mampu membantu tumbesaran bayi... Dhany yang dipakaian dengan diaper dengan mata ditutup, diletakan dibawah cahaya 'biliilight' sehingga tahap bilirubin menurun. Sesekali aku melihat Dhany, aku tak mampu menahan air mata dari mengalir.. Aku terfikir nasib anakku dikemudian hari... Dugaan dari Nya... Aku harus redha dan sabar. Siang malam aku berdoa demi kesejahteraan Dhany.


Rakan2 sebilik juga banyak memberi semangat dan cuba menceriakan aku sepanjang disana.. Aku hanya tersenyum bila ramai yang kata lubang pada jantung Dhany masih ada peluang untuk tertutup semula bila dia membesar... Insyallah, dengan izin Nya... Makbulkanlah kata2 mereka, Ya Allah....


Alhamdulillah, dengan bantuan dari doktor di wad NICU, Hospital Sungai Buloh (HSB), Dhany berjaya mendapatkan tarikh temujanji dengan pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) lebih cepat dari tarikh yang sepatutnya. Bayaran untuk rawatan Dhany sepanjang di IJN juga dikurangkan. Semuanya atas pertolongan pihak HSB. Pemergian kami ke IJN nanti akan ditemani oleh 2 jururawat dan seorang doktor dr HSB. Pengangkutan juga disediakan oleh pihak HSB.. 1st time ni aku naik ambulan.. Terima Kasih HSB dan semua yang membantu.

Tuesday, June 28, 2011

Mama harus tabah seperti ibu Iqbal.

Malam semalam aku terbaca kisah seorang ibu yang meniti hari2 terakhir bersama anaknya... Sayu sangat... Mengalir air mata aku walaupun baru membaca tajuk dan melihat gambar utamanya sahaja... Gambar yang menceritakan segalanya... Anak kecil yang dibalut dengan kain putih bersih dan jelas terpancar sinar walaupun dia sedang menutup matanya...


Aku meneruskan dgn muka surat pertama kisah kanak2 itu.  Maaf, aku masih rasa sedih untuk mengingati kisah sedih ini. Harap kalian dapat membacanya sendiri. "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Aku punya persamaan dengan kisah mereka. Anakku, Dhany Haiqal mengidap penyakit jantung berlubang sejak lahir. Sehingga kehari ini, aku cuba tabah untuk menerima hakikat ini. Masakan aku boleh lupa saat doktor mula menyampaikan berita kurang gembira ini kepadaku. Bayangkan aku dengan perasaan gembira mendapat anak sulung kembar setelah keguguran dua kali walaupun terpaksa berumah di NICU tiba2, direntap dengan kabar berita ini.


Aku tak mampu sekat air mata dari terus mengalir. Dalam hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Aku benar2 berharap semuanya hanya mimpi. Aku minta doktor melakukan pemeriksaan sekali lagi. Aku memang rasa ingin meraung sekuat hati. Ketika itu aku rasa bersalah. Aku tercari cari dimana silapku sehingga si kecilku yang menanggung penderitaan ini? Rakan2 sebilik, cuba menenangkan perasaan ini... Namun aku cuma mampu berdoa..berdoa..berdoa..


Sepanjang hari tersebut, aku menatap incubator yang menempatkan Dhany didalamnya... Aku buka cermin kecil disebelahnya, lalu ku usap tangan kecil itu... Ku pegang badannya... Ku sentuh dadanya... Terasa laju degupan jantungnya... Lalu aku menangis lagi...


"Dhany oh Dhany, anak mama...."

Monday, April 25, 2011

Bila semua bersatu menjadi satu....

Yesterday really not my day... Marah, sedih, kecewa semua pun ada...


Rasa mcm nak share kat sini...


Tapi nanti akan menjatuhkan air muka org lagi...uish..dosa2.. tak mo lah..


So, aku pendam je lah....


Ini lah sifat aku.... aku tak reti nak berkongsi perasaan dgn org sekeliling aku...


Aku lebih suka org luar mengenali aku dgn mood HAPPY (^_^)


Aku marah ke, aku sedih ke, aku demam ke, aku kecewa ke, aku lbh suka buat muka happy je.. Walaupun aku tak suka seseorg, aku lebih rela senyum dan act mcm tiada apa pun yg berlaku...


Tapi aku ttp aku, kalau nak nangis aku menyorok.... Nangis dalam bilik air sambil buka paip shower (coverline). Nangis dalam bilik, sambil tekup muka dgn bantal supaya org tak dengar bunyi teresak-esak. Tapi nak suh aku nangis dpn org.. Mmg tak kan mengalir air mata ni.  



Kesimpulannya.. semalam mmg aku marah sampai aku menangis (sbb aku tak leh nak luahkan kemarahan aku). Aku juga sedih (smp aku menangis merah2 mata & hidung). Dan aku kecewa dgn seseorg.... yg dah byk kali mengecewakan aku..walaupun aku tak pernah berputus asa... terus dan terus memberi semangat padanya...akhirnya aku yg kecewa. Lantas aku menangis (tp aku tak nangis depan dia sbb nt dia kan lebih cepat putus asa).


alahai... bila smua perasaan ku menjadi satu.. mmg aku akan menangis juga...


*patut lah dah smggu mata sebelah kanan berkedip2. Rupanya nak nangis! Hurm........ :(

Wednesday, March 30, 2011

Realiti Vs Fantasi

Saya diawang-awangan.... Hari ni dah gaji plak tu...


YaaaaaBeeeeeeDaaaaaaaBeeeeeeeDuuuuuuu~ ~ ~ ~ ^_^


Dari minggu lepas lagi dah plan nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru, handbag baru, tudung baru, nak bawa anak2 gi jalan weekend....huhuhuhuhu...


seeewwwwoooonnnoooookkkkk \\^_^//


Dan pagi tadi sibuk buat pembentangan perbelanjaan bulan depan... Pampers anak, susu anak, segala bil-bil, pinjaman bank, stok barangan keperluan dalam rumah, belanja harian...dll.........


Eeeeeeeerrrrrrrrrgggggghhhhhh...kusut otak! (#_#)


Nampaknya semua yang saya angan-angan kena simpan dalam kotak 'pending' dulu. Budget tak merelakan saya bershopping bulan depan!


Priority kepada keperluan asas. Yang lain-lain semua tu kehendak nafsu je. Karang terlebih bergaya, anak dirumah kebulur tak makan...owh..Tidak Tidak! Kejam sungguh saya =(


Kalau ada rezeki... Insyallah tercapai impian saya nanti. Tapi tak nak lah sampai membazir beli barang kehendak yang branded je... Biasa-biasa pun dah ok. Janji selesa dipakai dan tahan lama.

Sunday, March 20, 2011

Slow2... Insyallah...







Terujanya...hehehhehe... Tak dapat digambarkan perasaan bila dapat memakainya...


Paling tersentuh bila my twin spontan kata, "Awisy suka mama pakai tudung.." hihihihi.... blusing (^_^)


Alhamdulillah, saya mula selesa dgn keadaan skrg ni... Cumanya, saya belum sepenuhnya transform... Kena slow2 kearah ini....


Tapi.... saya dah ada follower...Ngeeeeeeee...


Lagi cumel dari saya.....


Lagi ayu dari saya.....


Walaupun tudungnya putih plain dan tidak bercorak moden..huhuhuuhuhu....








Betul lah kata org, parent umpama role model utk anak2... 







Wednesday, March 16, 2011

I turn to you...



Saya tak pernah lupakan kamu....


Saya tak pernah tinggalkan kamu....


Saya akan sentiasa mencari mu....


Saya perlukan kamu....


ITU LAH KAMU...


MEE MAGGI, Cepat dimasak..sedap dimakan!!


ehek ehek ehek ~


Ni smua gara2 bila dah lapar tapi malas... bila hujung bulan gaji lambat release... bila time lunch hujan plak... bila keje overload tak smpt g makan... mcm2 lagi lah alasan 'bila' waktu tu sampai.


Yang pasti... bila tiba waktu terdesak.. pasti maggi juga yg ku hendak....ahahahahha



* Husband saya telah mengeluarkan arahan "NO MAGGI IN THE HOUSE!"... Tu pasal saya makan Maggi OUT FROM THE HOUSE!...huhuuhuhuhu~

Monday, March 14, 2011

Kalau saya berubah..... ???



Semakin lama bersabar, Semakin lama juga hati berkobar-kobar...


Selagi hajat tak terlaksana, Selagi itu lah tidur tak lena...


Ceeewwwaaaaahhhh ~ ~ ~


Ceritanya..... SAYA NAK PAKAI TUDUNG...  Husband saya restu, family saya sokong, rakan2 pun suka... (^_^)


Tapi, office saya meletakkan syarat kpd staff... Kalau blh tak nak staff bertudung... Leceh lah konon.. Wanita Islam byk adap yg perlu dijaga..huhuhuhuhu... Alasan semata-mata!!


Tapi saya NEKAD!!! 


Saya percaya rezeki di tangan Allah..


Niat yang baik, perbuatan yang terpuji pastinya dirahmati dan diberkati oleh Nya..


Oleh itu, saya tak peduli smua kata2 org sekeliling saya!!!


Lumrah dunia.. 

Jika kita buat sesuatu yg bertentangan dgn pahala, tak pula rasa malu dan takut! Malah berlumba-lumba manusia melakukannya!! 

Tapi bila diajak, disuruh, diseru, dirayu melakukan sesuatu yg bertentangan dgn dosa..... Smua pekakkan telinga, butakan mata, Semakkan otak! Tak de style lah, kuno lah..mcm2 lagi lah alasan.... (yg sebenarnya mereka  MALU, SEGAN sbb tak reti... Dah tu tak nak bertanya pula...aiyak~)



Apa pun, berhijrah dr keburukan kpd kebaikan... amatlah digalakkan.. Tak rugi pun kita mencuba sesuatu yg baru.. As long tak bertentangan dgn ajaran Islam. 






Sunday, March 13, 2011

Masanya sudah tiba....

Gerun melihat Jepun dilanda Gempa Bumi dan Tsunami...

Sana sini manusia melancarkan rusuhan dan tunjuk perasaan...

Zina, maksiat makin berleluasa....

Kes pembuangan bayi hampir setiap hari terjadi...


Astagfirullahalazim..... Takutnya melihat dunia skrg ni. Petanda KIAMAT semakin ketara.. Tidak kah kita melihatnya? Tidak kah timbul kesedaran dlm diri smua?


Terus terang aku katakan... AKU TAKUT!!!

Dgn apa yg pernah aku lakukan.. Dgn dosa yg tak terhitung. Dgn amal ibadat yang tak sempurna... 

Dimanakah tempat ku nanti? 


Sesungguhnya akal ku tak mampu utk memikirkan alam selepas kematian... Aku takut... Aku menangis... Aku resah gelisah... 


Bersediakah kah kalian? 


Tiba masanya.... Kita mulakan hidup baru.. Pintu taubat tak kan pernah tertutup...utuk aku, kalian dan smua umat dimuka bumi ini.....


Wednesday, March 9, 2011

Mengapa saya tak boleh marah???

Pagi2 lagi dah protes sambil ketuk2 keyboard ni dgn kuat... Saje nak kasi tau org tu yg saya tgh marah dgn dia!!

Tak payah nak toleh org kiri kanan kamu!! Saya marah kat kamu........
...
..
.
YES...KAMU LAH ORG YG SAYA MAKSUDKAN TU!!


Saya sangat sakit hati... Rasanya kalau org lain be in my shoe, sure akan mengalami tekanan perasaan yg sama. Adakah mmg lumrah smua kaum M**** atau K***** pasti ada karektor diktator? Perlu ke mengamalkan pemerintahan kuku besi semata2 nak tunjukkan yg mereka berkuasa dan punya pangkat UP skt dr kaum melayu?


Almost 3 tahun saya dibwh pimpinan (manager) Cha Ya Nun Alif, dan ditadbir oleh (exec) kaum melayu... Aman je..... Tapi semenjak En. M ni masuk team saya.... sob sob sob... tiap2 hari sy menangis tak berlagu.. Tahan geram smp kembang kempis hidung saya! (saya ni kalau marah mst kena makan... HA...makin gebu lah badan ni!)


Kalau rasa diri tu MALAS, tak perlu lah menjawat jawatan Executive! Menyusahkan org lain tak abis2! Dalam office ni, smua staff jenis BERDIKARI!! Dari pangkat BOS, MANAGER, DIRECTOR..smp lah ke kakak cleaner... Smua berdiri diatas kaki sndr! Tak de nak manja2! Fotostet, scan, bancuh air...smua SENDIRI!!!!! Tapi En. M ni macam badak air yg berkubang dalam lumpur! Masuk office dr pagi smp lah waktu balik, blh kira brapa kali dia angkat punggung dr kerusi dia tu! Span kerusi tu pun dah benyek! Dia patut kena bg kerusi kayu tanpa roda! ahahahhahaa.....


Apa yg terjadi pagi ni lagi saya rasa nak campak je dia dari tingkat tiga ni! Dia nampak saya tgh serabut nak prepare payment bulan ni, nak siapkan Quater report, nak buat filing documents tahun lepas lagi..haish...(lambat filing pun sbb dia juga! Saya request nak 20 file dari bulan 11-2010. Skrg baru dapat! Lembab macam Siput Viva! Ahahaha~).

Mula2 minta sy prepare electricity consumption utk ofc kat twr A, B & D ----> DONE!

Then dia call, request for total charges by Unit Office pulak ----> ALSO DONE - 1st list tadi dah kena reject!).

3rd times dia call LAGI. Kali ni dia request list tadi dalam bentuk Microsoft Word and pls send by e-mail!!!


DAMN!!!!! READ MY LIP...... SAYA BUKAN P.A. KAMU!!!


Agak kalau org lain yg kena cam kes saya ni, akan marah jugak or layan saja?? 3 kali mintak BENDA YG SAMA!! Ni bukan cerewet atau teliti dlm urusan keje.. Dia ni MALAS, KAKI MENGARAH a.k.a BOSSY..etc.. byk lagi lah sikap2 dia yg saya tak berkenan.. Saya pun tak lah nak kata diri ni bagus sgt.. But at lease saya bermula dari 0! I'm willing to learn OK!


So... mengapa saya tak blh marah? Saya ada hak untuk marah terutama skali bila berhadapan dgn org yg jenis sebegini! Kalau tak nak tgk saya marah, hentikan sikap MENGARAH kamu!


*Saya tak suka marah2 org! Mst ada cara lain utk berkomunikasi dgn baik. Tapi 'Org' ini, mcm2 cara saya guna, dia ttp dgn sikap keturunan dia tu jugak!

Sunday, March 6, 2011

Where is the 'MOOD'?

Mggu ni aku rasa sengal sgt.. Mana pegi nya mood aku?? Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~


Nak ber-blogging pun tak de idea.. Cerita byk nak share :(


Print resepi punya berhelai - helai... Ptg singgah pasar malam blkg rumah mama beli bahan2 basah. Tapi smua simpan terperuk dlm  peti ais kat umah tu.... Tak de mood nak masak. Last2 call je kedai Thai kat area umah tu (ada khidmat delivery! ehek ehek ehek)


Pegi keje pun pakai jeans je tp2 ari, sbb mood nak menggosok tak de! Padahal sblm tdo dah ready baju kat iron board! Errrrrggghhhh ~ 


Pendek kan cerita... Aku mmg tak de MOOD!!!


Masa byk terluang dgn anak2 je.. Layan dorg tgk Play House Disney.. hik hik..


*Skrg ni still tak de mood lagi... Keje berlambak dpn mata ni.. Huhuhuhu... jgn smp kantoi dgn big boss sudeh!*




Sunday, February 13, 2011

Keseronokan Bekerja!!!

Saya didalam dilema.... Masalah utk berhenti kerja masih menghantui fikiran... Ternyata bukan muda berada dialam dewasa.. hik hik.. (tetiba mcm emo plak).

Dari hari ke hari mmg terasa semakin bosan utk melakukan rutin yg sama.. Bagun pagi seawal 5am, menyiapkan diri sndr & anak2, redah jam (rushing nak smp ofc before 9am), breakfast dgn ofcmate, on PC, check e-mail, update meeting, join conference call, prepare report,...etc..FB (wajib)..hik hik..

Then, balik plak tak tentu masa... Nak gerak dr ofc sharp on time mmg blh kira lah setahun brapa kali je! Tugasan menjaga expenses company..huhuhu.. SANGAT SUSAH!! Stress, Tension.. Smua pun ada!! Perasaan bercampur baur ketika menjalankan tugas setiap hari  (~_~)

Tiap2 ari check e-mail personal... view e-mail dr Lina, Job-street ;) Tak cukup dgn tu, surat khabar kat ofc ni pun slalu lah hilang (ruangan jawatan kosong jer...ngeh ngeh). Mcm desperate nak carik kerja sangat2. Hidup perlu perubahan..kan..kan.. Tiga tahun kat tempat yang sama, mana tak beku otak (+_+)

Tapi, perubahan memerlukan pengorbanan.. Skrg ni saya blh dikategorikan sgt heaven!! Internet 24 hrs.. Lunch time..suka lah nak out/in pukul brapa pun.. Kalau tgh time keje blh main lari2 balik umah jab (urgent matter okey! Masa kids smua still breastfeed, tak jadi masalah nak balik time keje). Meeting pun smua via confcall or Skype. Bos nak mintak tlg pun blh main anta2 e-mail (kalau e-mail tak ber'reply', br la bos kejar thru Skype, YM, or FB chat..) Hahahaha~

That why lah rasa berbelah bagi sgt nak tinggalkan environment ofc skrg ni.. Mmg mana2 ofc pun ada best dan tak best nya.. but byk2 ofc yg pernah saya bekerja, Lenovo antara yg terbaik.. Wwwwweeeee =D

So now, what can I do is, set my mind!! Smua nya dtg dr diri sendiri... Bermula dr niat!! Set dlm otak!! Kemudian serlahkan dgn perbuatan  =)

Mari layan web link kat bwh ni.. Ianya mampu membantu menghuraikan isu kenapa kita tak happy kat tempat kerja! (Eceh..ceh..ceh.. Promot Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah pulak).

http://www.youtube.com/watch?v=wQtx5f2m9gQ&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=4aqbx9rI8Fk

http://www.youtube.com/watch?v=zNoel_zQakg&feature=related