Friday, November 15, 2013

Ayam Masak Kicap Kari


Saja nak share resepi... Bila Dah masak, snap pic, upload kat FB & IG... Pastu tggu kawan2 komen & like... ahahahaha... Mak kata berdosa buat org kecur air liur :( Oleh itu, saya berbesar hati berkongsi resepi ini dengan semua yang menjengah blog saya :)


Sebenarnya nak buat ayam masak kicap simple je.. Tapi bila tengah masak otak ke pulau Sipadan, ini lah hasilnya... Tak sangka sedap. Ini kids yang kata... *kids kalau bab makan tak reti nak menipu.. Kalau tak sedap tak lah dorg ulang makan banyak kali.. hehe




AYAM MASAK KK (kasi glamer skit nama resepi nie)

Bahan-Bahan :
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 biji Kentang (dipotong ikut suka)
- 1 biji Tomato (belah 8)
- 2 sudu besar Cili kisar (cili kering)
- 1 sudu besar serbuk kari 
- Serbuk kunyit
- 1 biji Bawang merah (hiris membulat)
- 3 ulas Bawang putih (diketuk)
- 1 inci Halia (hiris)
- Cili Merah 
- Setangkai Daun kari
- Kicap Manis (kipas udang)
- Garam
- Gula
- Sedikit air
- Minyak Masak

Cara-Cara :
- Ayam yang dicuci & ditoskan airnya. Gaul dengan Garam & Kunyit. Goreng hingga masak dan toskan minyaknya (nak garing pun boleh).
- Kemudian goreng kentang yang dipotong hingga kekuningan dan tos minyaknya.
- Panaskan minyak, tumis cili kisar & serbuk kari sehingga pecah minyak (gaul kedua bahan ini sebelum tumis)
- Masukan bawang putih, halia, cili merah, bawang merah & daun kari. Gaul hingga bahan-bahan ini layu.
- Tuang sedikit air kemudian masukan kicap manis, garam, gula. Gaul hingga sebati rasanya. 
- Masukan Ayam, kentang dan gaul hingga sekata. 
- Akhir sekali, masukan tomato. Kacau hingga tomato masak, barulah dipadamkan api.


*kalau nak kurang pedas, boleh dikurangkan pengunaan cili.

Boleh dihidang bersama nasi panas atau makan bersama roti (gardenia atau nan). Ada rasa kari dalam masakan ni.. 

Selamat mencuba =)




Wednesday, November 13, 2013

Magic Hand

Ramai sebenarnya yang punya 'Tangan Ajaib' ni. Antara kita sedar ataupun tidak je... Boleh jadi ianya bakat, minat ataupun mewarisi keturunan... Oh lupa nak explain.. Tangan Ajaib yang saya maksudkan - Pandai memasak :)

Macam saya, dapat Mama memang pandai memasak... cakap je apa nak makan...sekelip mata dia boleh prepare untuk kami adik bradik. 1st time bakal mertua datang berkenal-kenalan dgn dengan keluarga saya, terus jatuh cinta dengan masakan Mama (bukan masakan bakal menantu..hahahaha). Sampai sekarang pun FIL still mewar-warkan kehebatan masakan Mama. Diiktiraf satu kaum kerabat.. hik hik.. thumbs up Mom! 

Dan saya pula....... Boleh la... Ok ok je... (rendah diri - actly mmg rendah pun) >_< Saya memang bukan jenis gadis ke dapur sejak dari zaman sekolah. Bila dah berkahwin baru merangkak ke dapur. Satu lauk berjam-jam nak siap. Lauk simple je pun.. But at lease ada usaha disitu ;)

Sekarang dah ada 4 org anak... Dah 7 tahun kahwin... Dah tak tinggal dengan Mama... Jadi dah pandai lah memasak... Setakat nak jamu kawan-kawan, sedara-mara boleh je. Tak lah langsung tak de rasa kan....

Berkat rajin bersedekah bagi kawan-kawan makan, ada pula yang bagi semangat untuk saya mulakan perniagaan. Ada kemajuaan disini.. ha ha ha... Alhamdulillah dah mula pun perniagaan yang diberi nama 'THE BREAKFAST PROJECT'. Sementara ni open kat officemate dan sekitar Damansara Uptown dulu.. In Shaa Allah, lepas ni boleh cover area lain pula memandangkan dah ada kawan-kawan Facebook mula bertanya  :)

Ni cerita saya dengan tangan ajaib saya... Kelebihan yang boleh dibuat duit.. Alhamdulillah... Rezeki yang Allah beri diguna pakai sebaiknya :)

Tak explore, tak tahu...

Tak cuba, tak tahu...

Tapi tak tahu boleh belajar...