Thursday, June 30, 2011

Masih ramai yang prihatin dengan nasib Anakku


Minggu berganti minggu... Sedar tak sedar telah sebulan Dhany ditempatkan di bilik NICU. Dhany nampak aktif. Tapi tiada siapa yang sangka Dhany sedang menderita menahan sakit. Doktor hanya bekalkan aku dgn mesin utk mengawal oksigen dalam darah Dhany. Dan pesanan dari nurse pula, kalau bacaan pada mesin menurun hingga memcecah 60 dan kebawah, cepat-cepat inform nurse yang bertugas. Mulanya aku agak tidak berapa memahami mengapa. Tapi setelah dua bulan disana menjaga Dhany, aku telah belajar sedikit sebanyak mengenai penyakit Dhany.


Memang aku banyak meluangkan masa mengadap Dhany je... Kalau kanak-kanak dah tau bercakap, senang la juga.. Mereka akan bagi tau bila sakit menyerang. tapi kalau baby? Itulah sebabnya aku tak lekang dari Dhany. Dengan wayar berselirat di seluruh badan, 2 lampu biru (phototerapi) yang diletakkan di kiri kanan incubator utk rawatan Jaundis, jarum yang dicucuk pada kaki dan tangan utk mengambil sample darah, salur tiup dimasukkan kedalam tekak bagi membantu Dhany minum..... tak sanggup aku tengok. Tapi aku harus tabah. Dhany perlukan semangat aku untuk terus bertahan.


Doktor yang merawat Dhany, tak putus2 menasihati aku supaya kerap membelai Dhany. Belaian seorg ibu mampu membantu tumbesaran bayi... Dhany yang dipakaian dengan diaper dengan mata ditutup, diletakan dibawah cahaya 'biliilight' sehingga tahap bilirubin menurun. Sesekali aku melihat Dhany, aku tak mampu menahan air mata dari mengalir.. Aku terfikir nasib anakku dikemudian hari... Dugaan dari Nya... Aku harus redha dan sabar. Siang malam aku berdoa demi kesejahteraan Dhany.


Rakan2 sebilik juga banyak memberi semangat dan cuba menceriakan aku sepanjang disana.. Aku hanya tersenyum bila ramai yang kata lubang pada jantung Dhany masih ada peluang untuk tertutup semula bila dia membesar... Insyallah, dengan izin Nya... Makbulkanlah kata2 mereka, Ya Allah....


Alhamdulillah, dengan bantuan dari doktor di wad NICU, Hospital Sungai Buloh (HSB), Dhany berjaya mendapatkan tarikh temujanji dengan pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) lebih cepat dari tarikh yang sepatutnya. Bayaran untuk rawatan Dhany sepanjang di IJN juga dikurangkan. Semuanya atas pertolongan pihak HSB. Pemergian kami ke IJN nanti akan ditemani oleh 2 jururawat dan seorang doktor dr HSB. Pengangkutan juga disediakan oleh pihak HSB.. 1st time ni aku naik ambulan.. Terima Kasih HSB dan semua yang membantu.

Tuesday, June 28, 2011

Mama harus tabah seperti ibu Iqbal.

Malam semalam aku terbaca kisah seorang ibu yang meniti hari2 terakhir bersama anaknya... Sayu sangat... Mengalir air mata aku walaupun baru membaca tajuk dan melihat gambar utamanya sahaja... Gambar yang menceritakan segalanya... Anak kecil yang dibalut dengan kain putih bersih dan jelas terpancar sinar walaupun dia sedang menutup matanya...


Aku meneruskan dgn muka surat pertama kisah kanak2 itu.  Maaf, aku masih rasa sedih untuk mengingati kisah sedih ini. Harap kalian dapat membacanya sendiri. "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Aku punya persamaan dengan kisah mereka. Anakku, Dhany Haiqal mengidap penyakit jantung berlubang sejak lahir. Sehingga kehari ini, aku cuba tabah untuk menerima hakikat ini. Masakan aku boleh lupa saat doktor mula menyampaikan berita kurang gembira ini kepadaku. Bayangkan aku dengan perasaan gembira mendapat anak sulung kembar setelah keguguran dua kali walaupun terpaksa berumah di NICU tiba2, direntap dengan kabar berita ini.


Aku tak mampu sekat air mata dari terus mengalir. Dalam hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Aku benar2 berharap semuanya hanya mimpi. Aku minta doktor melakukan pemeriksaan sekali lagi. Aku memang rasa ingin meraung sekuat hati. Ketika itu aku rasa bersalah. Aku tercari cari dimana silapku sehingga si kecilku yang menanggung penderitaan ini? Rakan2 sebilik, cuba menenangkan perasaan ini... Namun aku cuma mampu berdoa..berdoa..berdoa..


Sepanjang hari tersebut, aku menatap incubator yang menempatkan Dhany didalamnya... Aku buka cermin kecil disebelahnya, lalu ku usap tangan kecil itu... Ku pegang badannya... Ku sentuh dadanya... Terasa laju degupan jantungnya... Lalu aku menangis lagi...


"Dhany oh Dhany, anak mama...."