Monday, December 5, 2011

Aku jatuh cinta!!! GEDIK BIRU


Tajuk entry nak over vadevas jer!! hehehehe... Salahkan si BIRU... Otak aku pun dah jadi biru dek kerana mata yang sudah terpukau pada panorama biru.. Biiiiirrruuuuu... Bllllluuueeeee~ Opppssss! 


Ni gara2 aktiviti terbabas ahad lepas. Cerita dah peram lama tapi sbb angau punya pasal, smp ari ni baru nak share kat blog! Konon nak g perabis duit kat Giant, Kota Damansara. Rutin bulanan macam biasa bila awal bulan. Barang2 keperluan dlm rumah dah tinggal saki baki je. Haruslah di top-up!


Lepas shopping, g jalan2 dlm bangunan Giant tu. Saja je nak cuci mata. Beli tu mmg tidak laaaa... Pokai sudah =( Tapi En. hubby nmpk ada booth yg buat show unit utk rumah. Dia pun gatal2 mulut g tny. Kebetulan kami memang nekad nak beli rumah. Cuma tgh mencari lokasi yg betul2 boleh buat hati tersangkut, terpaut smp gila bayang! Hahahaha..


Disebabkan En. hubby ni punya lah banyak soklan maut yang ditny kepada Agen rumah tu... Kami dapat byk byk info berkenaan rumah tersebut. Siaplah dengan gift itu ini dia nak kasi.. Tu pun kalau kami bersetuju utk beli rumah tu. Offer yang menarik jugak. Umpama lps selesai urusan jual beli, kami blh terus masuk. Ala2 fully furnished gitu =) Tapi akhirnya, En. Hubby decide nak tgk kwsn rumah tu dulu sblm beli. Kalau tgk atas kertas dan rumah contoh yg comel2 tu, semuanya perfect! Tapi bila dah berada dialam yg nyata.. Masyallah... Mula lah rasa nak mengomel tak henti2 nt.


Lepas lunch, terus drive g lokasi rumah. Nasib lah rumah yg kami tgk ni dah siap sepenuhnya. Bangunan pun dah dpt CFO. Pemilik rumah yang lain pun dah mula pindah masuk. Cuma blok yg ditawarkan pada kami baru launching Jumaat lepas. Kira cam goreng pisang panas la ni.. Tggl satu blok tu je lagi... Tapi yang membuatkan saya jatuh cinta...... Suasana dan pemandangan sekeliling rumah tu... owhhh~ 




Tasik yang menyambut kedatangan kami. Suasana damai dan tenang.





Ni view dari balkoni rumah rumah.. Nampak tasik dan kawasan2 kampung berdekatan.






Ni pula gambar apartment kalau dilihat dari arah tasik. Kat tempat pic ni diambil, ada banyak gerai2 makanan yang dibuka. Santai je kwsn ni.





Disebabkan waktu kami pulang tu agak mendung nak hujan.. Nampak lah awan2 hitam. Tapi pemandangan tetap awsome!!





Tasik ni sebenarnya antara lombong yang ditinggalkan pada zaman british. Bila aktiviti melombong tidak lagi dijalankan disini, majlis perbandaran negeri mengambil langkah menjadikan tasik ni salah satu antara kwsn rekreasi di dalam selangor. Memang waktu kami sampai, ada ramai family tengah berkelah, main jet ski, memancing, bergambar.. mcm2 lagi la.. Yang datang sekadar nak makan pun ada juga.. Gerai2 kuih banyak dibukan disepanjang tasik ni. 


Dah selesai membelek kwsn rumah ni, tiba masa utk balik.. Kami menggunakan LATAR highway sebab nak cepat tembus NKVE. Penat dah berjalan sehari suntuk! Tapi tak sangka pula sepanjang perjalanan balik pun kami tetap dapat merasakan ketenangan macam nak balik kampung.... ahahaha.. Kiri kanan highway penuh dengan tasik2 kecil... Sekumpulan Burung Camar Putih pun banyak kat tasik2 ni.. Memang damai sgt.. Bukan senang nak tgk panorama mcm ni dlm bandar. Tambahan pula org mcm aku ni!! Kampung pun tak de!





Ni lah burung yang dimaksudkan... Camar Putih.. Kalau nmpk geng burung ni terbang beramai2, sangat cantik!!!! 




Sesiapa yang terbaca entry ni, mst tertanya2 kat mana lokasi rumah yang menarik perhatianku ini... hehehe.. Buat sementara ni kena rahsiakan dulu. Tunggu rumah tukar milik atas namaku, baru leh cerita lebih.. =) Loan bank pun baru nak merisik kabar =P




No comments:

Post a Comment