Friday, November 15, 2013

Ayam Masak Kicap Kari


Saja nak share resepi... Bila Dah masak, snap pic, upload kat FB & IG... Pastu tggu kawan2 komen & like... ahahahaha... Mak kata berdosa buat org kecur air liur :( Oleh itu, saya berbesar hati berkongsi resepi ini dengan semua yang menjengah blog saya :)


Sebenarnya nak buat ayam masak kicap simple je.. Tapi bila tengah masak otak ke pulau Sipadan, ini lah hasilnya... Tak sangka sedap. Ini kids yang kata... *kids kalau bab makan tak reti nak menipu.. Kalau tak sedap tak lah dorg ulang makan banyak kali.. hehe




AYAM MASAK KK (kasi glamer skit nama resepi nie)

Bahan-Bahan :
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 biji Kentang (dipotong ikut suka)
- 1 biji Tomato (belah 8)
- 2 sudu besar Cili kisar (cili kering)
- 1 sudu besar serbuk kari 
- Serbuk kunyit
- 1 biji Bawang merah (hiris membulat)
- 3 ulas Bawang putih (diketuk)
- 1 inci Halia (hiris)
- Cili Merah 
- Setangkai Daun kari
- Kicap Manis (kipas udang)
- Garam
- Gula
- Sedikit air
- Minyak Masak

Cara-Cara :
- Ayam yang dicuci & ditoskan airnya. Gaul dengan Garam & Kunyit. Goreng hingga masak dan toskan minyaknya (nak garing pun boleh).
- Kemudian goreng kentang yang dipotong hingga kekuningan dan tos minyaknya.
- Panaskan minyak, tumis cili kisar & serbuk kari sehingga pecah minyak (gaul kedua bahan ini sebelum tumis)
- Masukan bawang putih, halia, cili merah, bawang merah & daun kari. Gaul hingga bahan-bahan ini layu.
- Tuang sedikit air kemudian masukan kicap manis, garam, gula. Gaul hingga sebati rasanya. 
- Masukan Ayam, kentang dan gaul hingga sekata. 
- Akhir sekali, masukan tomato. Kacau hingga tomato masak, barulah dipadamkan api.


*kalau nak kurang pedas, boleh dikurangkan pengunaan cili.

Boleh dihidang bersama nasi panas atau makan bersama roti (gardenia atau nan). Ada rasa kari dalam masakan ni.. 

Selamat mencuba =)




Wednesday, November 13, 2013

Magic Hand

Ramai sebenarnya yang punya 'Tangan Ajaib' ni. Antara kita sedar ataupun tidak je... Boleh jadi ianya bakat, minat ataupun mewarisi keturunan... Oh lupa nak explain.. Tangan Ajaib yang saya maksudkan - Pandai memasak :)

Macam saya, dapat Mama memang pandai memasak... cakap je apa nak makan...sekelip mata dia boleh prepare untuk kami adik bradik. 1st time bakal mertua datang berkenal-kenalan dgn dengan keluarga saya, terus jatuh cinta dengan masakan Mama (bukan masakan bakal menantu..hahahaha). Sampai sekarang pun FIL still mewar-warkan kehebatan masakan Mama. Diiktiraf satu kaum kerabat.. hik hik.. thumbs up Mom! 

Dan saya pula....... Boleh la... Ok ok je... (rendah diri - actly mmg rendah pun) >_< Saya memang bukan jenis gadis ke dapur sejak dari zaman sekolah. Bila dah berkahwin baru merangkak ke dapur. Satu lauk berjam-jam nak siap. Lauk simple je pun.. But at lease ada usaha disitu ;)

Sekarang dah ada 4 org anak... Dah 7 tahun kahwin... Dah tak tinggal dengan Mama... Jadi dah pandai lah memasak... Setakat nak jamu kawan-kawan, sedara-mara boleh je. Tak lah langsung tak de rasa kan....

Berkat rajin bersedekah bagi kawan-kawan makan, ada pula yang bagi semangat untuk saya mulakan perniagaan. Ada kemajuaan disini.. ha ha ha... Alhamdulillah dah mula pun perniagaan yang diberi nama 'THE BREAKFAST PROJECT'. Sementara ni open kat officemate dan sekitar Damansara Uptown dulu.. In Shaa Allah, lepas ni boleh cover area lain pula memandangkan dah ada kawan-kawan Facebook mula bertanya  :)

Ni cerita saya dengan tangan ajaib saya... Kelebihan yang boleh dibuat duit.. Alhamdulillah... Rezeki yang Allah beri diguna pakai sebaiknya :)

Tak explore, tak tahu...

Tak cuba, tak tahu...

Tapi tak tahu boleh belajar...

Tuesday, December 4, 2012

Communication.........

I've a problem....

I've no one to tell about my problem....

So I choose you as a listener...

It's because I trust you!!

But you keep saying that I'm the one who having an attitude problem....

And now, I feel so disappointed....

You hurting me more than my problem!!

No more sharing story...

No more joke...

No more smiling face...........................


Just need 'H' to understand my situation... 






Back to blogging

Dear All...

I'm back.. Sebab... FACEBOOK DAH TAK BEST!

Lately ni rasa bosan nak bermuka buku..

Banyak sangat hati yang nak dijaga...

Can't be myself anymore!!

Status hipokrit.. I guess =P

Tapi ini bukan topik utama utk hari ini..... haha.. Hari ni nak cerita tentang sorg 'minah' perasan kat office nie! errrgghhh (ingat muka dia terus STRESS!)


Ok fine.. dipendekan cerita, minah ni hanyalah Admin Asst je kat office asal dia.. Umur baru 25. Baru je konvo. Tak cantik tapi perasan 'hot' mayb sbb dia baru kawin kot... Ala... I ni dah 6 tahun kawin okeh!! Tak pun gedik tahap xtravaganza mcm die!

Mungkin disebabkan rezeki 'baru kawin', dia kena ganti tempat Exec lama I yang resign for better offer. Tapi lagak minah ni... wah wah.. mcm Ma'am Besar! Mula start keje dah pandai nak mengapi-apikan cerita. Tikam team sendiri dari blkg! Then, buruk-burukan nama I kat client.. MOTIF??? Ergh...stress stress!!

The latest news I dgr, dia tgh dlm proses membodek bos! Nak jawatan permanent as Admin FM Exec kat office. Omaigeeee!!!! Kalau dia kekal tahun dpn kat office nie.. seem like i'm the one who have to go! Bukan mengalah tapi mengelakkan diri dari dosa. I bukan kaki gaduh. Apatah lagi dgn org tak de class mcm minah nie! sorry.. tu bukan attitude I.


Cerita minah ni will never ever stop smp sini... sure akan ada cerita sakit menyakiti lagi lepas nie.. Fuuuhhhh~ But for today, we hv stop till here. Ma'am asyik dtg menjengah monitor I je... Nak menyibuk lah tu ~_~



p/s : She's wearing dark blue shirt today! Cis.. tersama tema kaler pulak! 



Monday, December 19, 2011

6 bulan = 10kg ......? KAKI BAMBAM

Pregnancy check-up yang ke-5. Semuanya dalam kawalan.


  • Paras gula dlm darah : Normal
  • Tekanan darah : Normal
  • Berat badan : Balance
  • Tumbesaran baby : Normal


Result memang maveles! hahaha.


Tapi entah kenapa, balik dari checkup.... something happen!! Kakiku!! Erghhh... Asal tiba-tiba pula membengkak? Pregnancy baru baru nak masuk 25 minggu. Terus panik!! Kalau refer balik waktu carry twins, kaki kiriku bengkak juga. Tapi sebelah tu je la.. Tu pun pun dah masuk 8 bulan baru membengkak. Kali ni bengkak dua-dua belah kaki. Nampak cam 'tembam'.. ahaha.. Kaki Bambam! Terus SMS En. Hubby. Hantar report (a.k.a mengadu mengada-ngada). 


Me : "Hubby, kaki ayang membengkak ='( "

En. Hubby : "Sabar Ayang....."

Me : "Tadi Ayang terus call Doktor.. Masa g check takde pun bengkak2 ni.. Doktor kata normal sbb berat naik 10kg..kan. Pastu doktor gelak! Penat lah Ayang. Lps ni tak mo jalan dah!! =( "

Hubby : "Hehe.. Takpe la nanti Hubby dukung Ayang"

Me : "Hehehehehe.. Larat ke? ++KG dah ni =P Tak yah la sampai dukung.. Malam2 Hubby tolong urutkan je.. Kurang skit bengkak & cramp kaki ayang.. lalala~ "



Ni baru sikit... Masuk third trimester...hurm...kembang abis kot =( Baby sangat aktif. En. Hubby pun selalu je usap2 perut.. hehehe.. comel! Excited nak tggu anak no.4 nie lahir.. Weeeeeee...

Sunday, December 18, 2011

Minggu Busy.. Hari2 terakhir 2011

Banyak sangat cerita tak sempat nak post.. Barangkali ada yang dah terlupus dari ingatan dek kerana tak catit kat mana2 kan... Huhuhu.. Mari review sama2. Sambil2 tu boleh lah aku men-refresh ingatan ni =)


Sabtu lepas (10/12/2011) - Twins open day!! Next year twins akan mula belajar di Tadika Little Caliphs. Dah banyak playschool yang kami survey tapi rasanya tempat ini menawarkan program yang terbaik. Program yg diterapkan mmg selaras dgn International Islamic School bagi peringkat kanak2. Nak lentur buluh biar dari rebungnya, kan.. Mungkin akan ada yang kata twins kecil lagi...hurm... Dari perspektif aku pula, twins ni cepat belajar. Dari dorg ni belajar benda yang bukan2.. Baik la aku hantar dorg tuntut ilmu dunia & akhirat. Biar perabih duit pun tak pe =P Kalau nak cerita pasal program yang ditawarkan kat Tadika Little Caliphs ni, mmg smp ke sudah ler.. For more details, click la link yg disertakan.. Semuanya hado! hehehe.. Cawangan pun byk.. ;) 


Ahad (11/12/2011) - Twins tak ikut balik.. So tinggal la Mama, Papa & Delisya. En. Hubby ajak jalan2 kat Ikea.. Jalan je tau (konon laaaaa....Kasi ini perempuan mengandung senaman sikit) Teruja sangat tgk small2 item for house decor. En. Hubby lagi over terujanya... Dalam otak time tu tgh match barang dgn tempat nak letak. Hurm... Memang sblm keluar kena beratur kat kaunter pembayaran.. Sebab?? En. Hubby grab byk sgt item!!! My little girl pun sempat jugak grab 1 soft toy (white little kitty). Suka sangat dgn kucing tu sampai bawa tido (~_~). Aku sorg je yang tak grab apa2.. Ibu mengandung ni teruja dengan bau-bauan makanan..ahahaha... Nasib ada yang menghalang.


Isnin (12/12/2011) - Replacement public holiday (Bday Sultan Selangor). En. Hubby keje =( Tinggal lah berdua dengan Delisya... Dia pun tau boring.. Mama dia lagi boring sbb bila dia boring, dia nak tgk Barney!!! Aku??? Waaaaaaa..... Tak pasal2 kena layan Barney jugak! Sudahnyer, pakaian my lil girl kasut... ajak dia g beli barang. Guess what??? Mood nak masak tetiba datang.. hehehehe.. Bila En. Hubby call tanya kabar..memanjang la aku tgh makan... ahahaha.. =P


Selasa - Jumaat (13-16/12/2011) - Minggu STRESS. Keje da... Bos nak g Vietnam. Ada office baru akan dibuka. Kalau boleh nak segala kerja2 renovation mst siap sebelum new year! Hurm... Demi menggembirakan umat disana, aku disini yang sakit pinggang! Start keje seawal 8am. Abis kerja selewat 8pm. Apa kes??? HUH!! Sapa kata senang uruskan payment?? Sakit hati eden! tak mo ingat dah peristiwa lepas! JANJI BOS NAMPAK SUSAH PAYAH AKU NI KAN..KAN... BONUS JGN LUPA!!! hehehehe~


Weekend yang terkini (Ahad - 18/12/2011), Dhany dah balik.. yeeeaaaahhh.. Kepoh sikit rumah.. huhuhuhu.. Dahny ni suka bercakap... Ada je benda dia nak tanya.. Sampai org dah tido pun dia still banyak tanya. Memang jawapan yang keluar semua merapu2 jadinya..ahahaha.. Opss, melalut sudah! Ari ahad, hari utk ibu mengandung bersenam!!!! Tapi senam kat shopping cmplx je..hik hik hik.. En. Hubby ajak g Jusco, Bandar Utama. Kebetulan ada voucher Jusco.. tak yah kuar ringgit time2 tgh bulan ni.. Motif kesana sebenarnya nak happy-kan dua org kanak2 ribena ni. Seronokla dapat toys lagikkkkkk.... Aku cuma sempat survey2 barang keperluan utk baby coming soon ni. Bulan depan blh la dtg lagi. Sbb dah BONUS!! Lalalalalal~ 


Minggu yang padat dgn aktiviti2 kekeluargaan je =) Pedulik la kalau ada yang nak kata aktiviti aku boring, kan..kan.. Yang pasti tanpa FB aku boleh hidup jugak!! Ahahhahaa... 



Psssttt : En. Hubby request suh aktifkan MUKA BUKU saya semula...wekekeke.. Ada orang terasa sunyilah tu... =P




Friday, December 9, 2011

Kerja sampai lebam!!!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 
La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 



Ini lah hakikat kehidupan.. Kerja..Kerja..Kerja!


Hari ni pun aku dah mcm nak naik gila.. sebab kerja!


Masuk kerja pukul 7.30am, balik kerja pukul 8pm! Terbaik lah!!!!


Kerja dah melebihi jawatan. Semua benda nak kena buat!!


Bila time bonus, 'org yang bagi arahan je' lagi berdouble - triple gaji.. Aku gigit kuku jari kaki!!!


Ergh.... Sakit Hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!