Wednesday, November 13, 2013

Magic Hand

Ramai sebenarnya yang punya 'Tangan Ajaib' ni. Antara kita sedar ataupun tidak je... Boleh jadi ianya bakat, minat ataupun mewarisi keturunan... Oh lupa nak explain.. Tangan Ajaib yang saya maksudkan - Pandai memasak :)

Macam saya, dapat Mama memang pandai memasak... cakap je apa nak makan...sekelip mata dia boleh prepare untuk kami adik bradik. 1st time bakal mertua datang berkenal-kenalan dgn dengan keluarga saya, terus jatuh cinta dengan masakan Mama (bukan masakan bakal menantu..hahahaha). Sampai sekarang pun FIL still mewar-warkan kehebatan masakan Mama. Diiktiraf satu kaum kerabat.. hik hik.. thumbs up Mom! 

Dan saya pula....... Boleh la... Ok ok je... (rendah diri - actly mmg rendah pun) >_< Saya memang bukan jenis gadis ke dapur sejak dari zaman sekolah. Bila dah berkahwin baru merangkak ke dapur. Satu lauk berjam-jam nak siap. Lauk simple je pun.. But at lease ada usaha disitu ;)

Sekarang dah ada 4 org anak... Dah 7 tahun kahwin... Dah tak tinggal dengan Mama... Jadi dah pandai lah memasak... Setakat nak jamu kawan-kawan, sedara-mara boleh je. Tak lah langsung tak de rasa kan....

Berkat rajin bersedekah bagi kawan-kawan makan, ada pula yang bagi semangat untuk saya mulakan perniagaan. Ada kemajuaan disini.. ha ha ha... Alhamdulillah dah mula pun perniagaan yang diberi nama 'THE BREAKFAST PROJECT'. Sementara ni open kat officemate dan sekitar Damansara Uptown dulu.. In Shaa Allah, lepas ni boleh cover area lain pula memandangkan dah ada kawan-kawan Facebook mula bertanya  :)

Ni cerita saya dengan tangan ajaib saya... Kelebihan yang boleh dibuat duit.. Alhamdulillah... Rezeki yang Allah beri diguna pakai sebaiknya :)

Tak explore, tak tahu...

Tak cuba, tak tahu...

Tapi tak tahu boleh belajar...

No comments:

Post a Comment