Monday, December 19, 2011

6 bulan = 10kg ......? KAKI BAMBAM

Pregnancy check-up yang ke-5. Semuanya dalam kawalan.


  • Paras gula dlm darah : Normal
  • Tekanan darah : Normal
  • Berat badan : Balance
  • Tumbesaran baby : Normal


Result memang maveles! hahaha.


Tapi entah kenapa, balik dari checkup.... something happen!! Kakiku!! Erghhh... Asal tiba-tiba pula membengkak? Pregnancy baru baru nak masuk 25 minggu. Terus panik!! Kalau refer balik waktu carry twins, kaki kiriku bengkak juga. Tapi sebelah tu je la.. Tu pun pun dah masuk 8 bulan baru membengkak. Kali ni bengkak dua-dua belah kaki. Nampak cam 'tembam'.. ahaha.. Kaki Bambam! Terus SMS En. Hubby. Hantar report (a.k.a mengadu mengada-ngada). 


Me : "Hubby, kaki ayang membengkak ='( "

En. Hubby : "Sabar Ayang....."

Me : "Tadi Ayang terus call Doktor.. Masa g check takde pun bengkak2 ni.. Doktor kata normal sbb berat naik 10kg..kan. Pastu doktor gelak! Penat lah Ayang. Lps ni tak mo jalan dah!! =( "

Hubby : "Hehe.. Takpe la nanti Hubby dukung Ayang"

Me : "Hehehehehe.. Larat ke? ++KG dah ni =P Tak yah la sampai dukung.. Malam2 Hubby tolong urutkan je.. Kurang skit bengkak & cramp kaki ayang.. lalala~ "



Ni baru sikit... Masuk third trimester...hurm...kembang abis kot =( Baby sangat aktif. En. Hubby pun selalu je usap2 perut.. hehehe.. comel! Excited nak tggu anak no.4 nie lahir.. Weeeeeee...

Sunday, December 18, 2011

Minggu Busy.. Hari2 terakhir 2011

Banyak sangat cerita tak sempat nak post.. Barangkali ada yang dah terlupus dari ingatan dek kerana tak catit kat mana2 kan... Huhuhu.. Mari review sama2. Sambil2 tu boleh lah aku men-refresh ingatan ni =)


Sabtu lepas (10/12/2011) - Twins open day!! Next year twins akan mula belajar di Tadika Little Caliphs. Dah banyak playschool yang kami survey tapi rasanya tempat ini menawarkan program yang terbaik. Program yg diterapkan mmg selaras dgn International Islamic School bagi peringkat kanak2. Nak lentur buluh biar dari rebungnya, kan.. Mungkin akan ada yang kata twins kecil lagi...hurm... Dari perspektif aku pula, twins ni cepat belajar. Dari dorg ni belajar benda yang bukan2.. Baik la aku hantar dorg tuntut ilmu dunia & akhirat. Biar perabih duit pun tak pe =P Kalau nak cerita pasal program yang ditawarkan kat Tadika Little Caliphs ni, mmg smp ke sudah ler.. For more details, click la link yg disertakan.. Semuanya hado! hehehe.. Cawangan pun byk.. ;) 


Ahad (11/12/2011) - Twins tak ikut balik.. So tinggal la Mama, Papa & Delisya. En. Hubby ajak jalan2 kat Ikea.. Jalan je tau (konon laaaaa....Kasi ini perempuan mengandung senaman sikit) Teruja sangat tgk small2 item for house decor. En. Hubby lagi over terujanya... Dalam otak time tu tgh match barang dgn tempat nak letak. Hurm... Memang sblm keluar kena beratur kat kaunter pembayaran.. Sebab?? En. Hubby grab byk sgt item!!! My little girl pun sempat jugak grab 1 soft toy (white little kitty). Suka sangat dgn kucing tu sampai bawa tido (~_~). Aku sorg je yang tak grab apa2.. Ibu mengandung ni teruja dengan bau-bauan makanan..ahahaha... Nasib ada yang menghalang.


Isnin (12/12/2011) - Replacement public holiday (Bday Sultan Selangor). En. Hubby keje =( Tinggal lah berdua dengan Delisya... Dia pun tau boring.. Mama dia lagi boring sbb bila dia boring, dia nak tgk Barney!!! Aku??? Waaaaaaa..... Tak pasal2 kena layan Barney jugak! Sudahnyer, pakaian my lil girl kasut... ajak dia g beli barang. Guess what??? Mood nak masak tetiba datang.. hehehehe.. Bila En. Hubby call tanya kabar..memanjang la aku tgh makan... ahahaha.. =P


Selasa - Jumaat (13-16/12/2011) - Minggu STRESS. Keje da... Bos nak g Vietnam. Ada office baru akan dibuka. Kalau boleh nak segala kerja2 renovation mst siap sebelum new year! Hurm... Demi menggembirakan umat disana, aku disini yang sakit pinggang! Start keje seawal 8am. Abis kerja selewat 8pm. Apa kes??? HUH!! Sapa kata senang uruskan payment?? Sakit hati eden! tak mo ingat dah peristiwa lepas! JANJI BOS NAMPAK SUSAH PAYAH AKU NI KAN..KAN... BONUS JGN LUPA!!! hehehehe~


Weekend yang terkini (Ahad - 18/12/2011), Dhany dah balik.. yeeeaaaahhh.. Kepoh sikit rumah.. huhuhuhu.. Dahny ni suka bercakap... Ada je benda dia nak tanya.. Sampai org dah tido pun dia still banyak tanya. Memang jawapan yang keluar semua merapu2 jadinya..ahahaha.. Opss, melalut sudah! Ari ahad, hari utk ibu mengandung bersenam!!!! Tapi senam kat shopping cmplx je..hik hik hik.. En. Hubby ajak g Jusco, Bandar Utama. Kebetulan ada voucher Jusco.. tak yah kuar ringgit time2 tgh bulan ni.. Motif kesana sebenarnya nak happy-kan dua org kanak2 ribena ni. Seronokla dapat toys lagikkkkkk.... Aku cuma sempat survey2 barang keperluan utk baby coming soon ni. Bulan depan blh la dtg lagi. Sbb dah BONUS!! Lalalalalal~ 


Minggu yang padat dgn aktiviti2 kekeluargaan je =) Pedulik la kalau ada yang nak kata aktiviti aku boring, kan..kan.. Yang pasti tanpa FB aku boleh hidup jugak!! Ahahhahaa... 



Psssttt : En. Hubby request suh aktifkan MUKA BUKU saya semula...wekekeke.. Ada orang terasa sunyilah tu... =P




Friday, December 9, 2011

Kerja sampai lebam!!!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 
La La La Laaa… La, hari-hari kerja! 
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha! 
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja! 



Ini lah hakikat kehidupan.. Kerja..Kerja..Kerja!


Hari ni pun aku dah mcm nak naik gila.. sebab kerja!


Masuk kerja pukul 7.30am, balik kerja pukul 8pm! Terbaik lah!!!!


Kerja dah melebihi jawatan. Semua benda nak kena buat!!


Bila time bonus, 'org yang bagi arahan je' lagi berdouble - triple gaji.. Aku gigit kuku jari kaki!!!


Ergh.... Sakit Hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Monday, December 5, 2011

Aku jatuh cinta!!! GEDIK BIRU


Tajuk entry nak over vadevas jer!! hehehehe... Salahkan si BIRU... Otak aku pun dah jadi biru dek kerana mata yang sudah terpukau pada panorama biru.. Biiiiirrruuuuu... Bllllluuueeeee~ Opppssss! 


Ni gara2 aktiviti terbabas ahad lepas. Cerita dah peram lama tapi sbb angau punya pasal, smp ari ni baru nak share kat blog! Konon nak g perabis duit kat Giant, Kota Damansara. Rutin bulanan macam biasa bila awal bulan. Barang2 keperluan dlm rumah dah tinggal saki baki je. Haruslah di top-up!


Lepas shopping, g jalan2 dlm bangunan Giant tu. Saja je nak cuci mata. Beli tu mmg tidak laaaa... Pokai sudah =( Tapi En. hubby nmpk ada booth yg buat show unit utk rumah. Dia pun gatal2 mulut g tny. Kebetulan kami memang nekad nak beli rumah. Cuma tgh mencari lokasi yg betul2 boleh buat hati tersangkut, terpaut smp gila bayang! Hahahaha..


Disebabkan En. hubby ni punya lah banyak soklan maut yang ditny kepada Agen rumah tu... Kami dapat byk byk info berkenaan rumah tersebut. Siaplah dengan gift itu ini dia nak kasi.. Tu pun kalau kami bersetuju utk beli rumah tu. Offer yang menarik jugak. Umpama lps selesai urusan jual beli, kami blh terus masuk. Ala2 fully furnished gitu =) Tapi akhirnya, En. Hubby decide nak tgk kwsn rumah tu dulu sblm beli. Kalau tgk atas kertas dan rumah contoh yg comel2 tu, semuanya perfect! Tapi bila dah berada dialam yg nyata.. Masyallah... Mula lah rasa nak mengomel tak henti2 nt.


Lepas lunch, terus drive g lokasi rumah. Nasib lah rumah yg kami tgk ni dah siap sepenuhnya. Bangunan pun dah dpt CFO. Pemilik rumah yang lain pun dah mula pindah masuk. Cuma blok yg ditawarkan pada kami baru launching Jumaat lepas. Kira cam goreng pisang panas la ni.. Tggl satu blok tu je lagi... Tapi yang membuatkan saya jatuh cinta...... Suasana dan pemandangan sekeliling rumah tu... owhhh~ 




Tasik yang menyambut kedatangan kami. Suasana damai dan tenang.





Ni view dari balkoni rumah rumah.. Nampak tasik dan kawasan2 kampung berdekatan.






Ni pula gambar apartment kalau dilihat dari arah tasik. Kat tempat pic ni diambil, ada banyak gerai2 makanan yang dibuka. Santai je kwsn ni.





Disebabkan waktu kami pulang tu agak mendung nak hujan.. Nampak lah awan2 hitam. Tapi pemandangan tetap awsome!!





Tasik ni sebenarnya antara lombong yang ditinggalkan pada zaman british. Bila aktiviti melombong tidak lagi dijalankan disini, majlis perbandaran negeri mengambil langkah menjadikan tasik ni salah satu antara kwsn rekreasi di dalam selangor. Memang waktu kami sampai, ada ramai family tengah berkelah, main jet ski, memancing, bergambar.. mcm2 lagi la.. Yang datang sekadar nak makan pun ada juga.. Gerai2 kuih banyak dibukan disepanjang tasik ni. 


Dah selesai membelek kwsn rumah ni, tiba masa utk balik.. Kami menggunakan LATAR highway sebab nak cepat tembus NKVE. Penat dah berjalan sehari suntuk! Tapi tak sangka pula sepanjang perjalanan balik pun kami tetap dapat merasakan ketenangan macam nak balik kampung.... ahahaha.. Kiri kanan highway penuh dengan tasik2 kecil... Sekumpulan Burung Camar Putih pun banyak kat tasik2 ni.. Memang damai sgt.. Bukan senang nak tgk panorama mcm ni dlm bandar. Tambahan pula org mcm aku ni!! Kampung pun tak de!





Ni lah burung yang dimaksudkan... Camar Putih.. Kalau nmpk geng burung ni terbang beramai2, sangat cantik!!!! 




Sesiapa yang terbaca entry ni, mst tertanya2 kat mana lokasi rumah yang menarik perhatianku ini... hehehe.. Buat sementara ni kena rahsiakan dulu. Tunggu rumah tukar milik atas namaku, baru leh cerita lebih.. =) Loan bank pun baru nak merisik kabar =P




Saturday, December 3, 2011

Rumahku banjir!!!

Weekend yang memenatkan.. aduih... anak2 bujang buat hal. aku sangka kat luar je boleh banjir musim2 hujan ni. rupanya dlm rumah pun boleh banjir juga.


Masalah ni boleh terjadi dalam sekelip mata... Darwisy skrg tak pakai pampers dah =) Dhany pula tgh dalam proses latihan. Cuma prblm akan timbul bila Darwisy nak buang air, Dhany pun nak follow sama. Bila dua2 dalam bilik air yang sama dengan pintu tak bertutup...maka, banjirlah yang terjadi!!!!!


Hahahahaa.. Marah tetap marah!! Dua2 kena rotan!! Tapi sakitnya 5 min je... Nangisnya 10 min jer.. Gelaknye  yang tak henti2... Huish, menyirap darah!!! Nak ku marah..... ANAK! (padahal anak lah yang harus dimarahi bila buat salah...kui kui kui..)


Ni antara kenangan membesarkan kids. Mama marah 30 min jer.. Lepas2 tu, OK lah mood mama ni (~_~)


Mggu depan tak tau apa pula akal budak2 ni. Terlebih cerdik anak2 aku ni...hurm....~