Wednesday, November 30, 2011

Polynesian Nite


Sepatutnya nak publish entry ni last week.. Tapi sebab weekend sibuk sangat main kejar2 dengan anak2 dan kemas rumah.. Maka, hari ni baru berkesempatan nak share gambar dengan semua..


Lenovo Annual Dinner telah berlangsung pada 25/11/2011 (Jumaat), di Sunway Lagoon resort Hotel, PJ (Poolside) dengan tema Polynesian Nite (agak pelik bunyinya). Memang agak pening jugak staff nak mencari pakaian yang sesuai. Terutamanya pada yg mengenakan tudung. Macam aku.... simple je. Lilit saja kepala..hehehehe.. Benda tu org pggl Bohemian. Ada jugak yg sebut turban. Aku dapat inspirasi dari JLo dan Rihanna. Kalau artis M'sia, Siti ada juga mengayakan style ni.


So Tahun ni agak meriah skit dari tahun lepas sbb blh bawa register spouse.. hehehe.. Tak tahu nak cerita apa dah.. Mari layan gambar je la.. Tak byk gambar yg boleh dipublish pun memandangkan staff2 berbangsa lain mengenakan pakaian yg menjolok mata....huh??


Teeetttttttteeeeeeeeeetttttttttttttttteeeeeeeeeeeeeeet~~~


Alasan tak logik! hahahaa.. Lupa nak charge kamera sebenarnya.. Sudahnyer ni je lah yang sempat =( Banyak lagi aksi terlepas. Malam tu ada Dunking Chair. Manager2 semua kena dunk. Yang 'drunk' pun ramai jugak =P



Ni kaki tangan Event Planner kami. Lepas register kena amik gambar kat sini.





Inilah hasilnya..hehehe.. 





Lenovo FM Team... Myn, Sally, Faeza





Picture close-up! Sengaja nak kasi nampak gue punya perut.. hua hua hua.. 
(pssss: sebenarnya, ketinggian kami ni sama je tapi sbb mereka berdua pakai sandal tebal berinci-inci..kan..kan..paham2 sendiri sudah lah!)





Owh... Masa ni En. Hubby kata "dah lama kita tak bergambar peluk2".. ahahaha.. Padahal selalu je peluk2..opssss!





Minah ni mmg suke possing.. Aku tumpang muka je lah..





Huhuhu.. Meh sini tengok dekat2 =)





Berlatarkan Suasana pool.. Alamak... Ingat En. Hubby poss sorg. Aku tak bersedia apa pun. Muka sengih tak ingat :P





En. Hubby tak sabar nak terjun pool..hek hek..





Ni gambar..huish.. Candid abis :P Actly En. Hubby nak buat ala2 "will u marry me". Tapi muka tak serius.. hehehe.. ni makan dia.. lalalalalala~





Sebelum balik.. Sempat lagi ber-possing sakan.. Tapi ada plak manager nak tumpang sekaki.. Jeles ler tu!





Lastly, we again. Tgk lah kat tangan tu.. hehehe.. belon air! Kita tgk sapa yg kena..hek hek hek..


Friday, November 18, 2011

Love only happen after we get hurt

Someone sent an e-mail to me ::



"No more sweet cotton candy…..
 No more moon or stars..
 No more love but only hurts.."



Bunyi macam cinta terlarang..

Atau mungkin cinta tak berbalas...

Atau juga mungkin cinta pandang pertama....yang dikecewakan...


Yang pasti ianya cinta HALAL. It's happen btwn myself and my husband.. Kalau follow dari entry yg sblm ni (klik sini), mungkin akan ada yang akan mula faham.


Dalam blog aku ni pun (about me) ada aku nyatakan ttg kebahagiaan. Sesuatu yang sering kita terlepas pandang. Tapi tanpa kita sedari ianya berada dihati kita. Kes aku pun lebih kurang sama jer... Taksub sgt mencari kebahagiaan... padahal dah blh dikatakan 'perfect' apa yg aku ada skrg.


So aku telah menyamar menjadi org lain... motif? Nak test suami sndr. Bukan aku tak percaya dgn dia.. Cuma nak tau lebih detail apa dlm hati dia.. Kalau tanya direct, mcm dia nak jawap.. Rahsia hati lah konon.. hehehe..


Hurm... hasilnya.... Sungguh tak disangkakan.. Dia tak pernah lupa pada isteri dan anak-anaknya... Kerap kali dia mengulangi ayat betapa dia sayang pada keluarganya.. Keluarganya adalah inspirasi hidupnya.. Keluarganya adalah segala2nya utk dia.. Ayat mmg jiwang abis la.. Sampaikan aku yang konon nak menyamar pun, akhirnya mengantoikan diri sndr. Cukuplah apa yang aku tahu.... Aku percayakan hubby ku =)


Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami.. Semalam aku excited sgt.. Buat pregnancy check-up.. Result, semua 'OK'!! Kandungan genap 5 bulan. Jantina baby pun dah tau.. Siaplah doktor tu scan 360 darjah perut aku ni sbb nak tgk muka, telinga, kaki, tangan, tulang blkg...etc.. Nmpk semua progress baby. Wahhh.. Seronok.. Patutlah baby ni hyper.. rupa-rupanya dia......ttttteeeeeeeeetttttttttt... Ops, mana blh bg tau skrg! (baby tak izinkan, dia tgh tendang2 perut ni. Tau mama dia tgh bercerita pasal dia).


Darwisy, Dhany & Delisya... Semua makin hyper. Bijak tak terkira.. Macam2 benda dia nak buat.. Macam2 soalan dia nak tanya.. time ni lah mereka nak explore segala-galanya.. Ahahahaa... Next year twins dah start play school.. Tu pun twins yang request nak pergi school. pantang nampak taska, terjerit2 lah budak2 ni "tu sekolah abg. Abg nak pergi school.." Kesimpulannya, expenses pun akan meningkat 50% tahun dpn. Bulan 12 ni dah kena start buat pembentangan budget 2012 dgn hubby.


Syukur Alhamdulillah... Perjalanan hidup keluargaku dipermudahkan walaupun byk juga halangan buat kami.. Semoga usia perkahwinan kami akan kekal selamanya. Insyallah.. Amin..

Tuesday, November 15, 2011

My advance anniversary present.


Anniversary yang ke-5... Makin hampir... Tiga hari sahaja lagi...


Aku dah dapat hadiah... Dari suamiku... Tapi hadiah tu, aku jumpa sendiri...


Mulanya, aku menangis melihat hadiah tu... Ku buka satu persatu...


Mungkin aku tersentuh melihat hadiah itu... Ini kali pertama aku menerima hadiah sebegitu...


Aku cuba meminta penjelasan.. Apakah makna disebalik hadiah ni...


Tapi aku masih belum menerimanya jawapannya... Aku dibiarkan berteka teki... Mencari jawapan sendiri...


Mungkin segalanya akan jelas... Tapi bukan hari ini... Tunggu lah bila tibanya 18/11/2011..


Yang pasti ianya memori... Yang akan kekal tersemat dan abadi didalam otak ku ini...


Dan aku masih menanti sesuatu yang tak pasti...