Sunday, July 18, 2010

Janganlah nak paksa pembeli membeli!!

Ha...ni perkara yang paling aku tak suke! Aku sbg pembeli, aku tau lah nak pilih yang mana aku suke! Jangan nak paksa-paksa buleh tak?? (start topik dah marah2...hik hik hik)

Ni pasal kes shopping da... Ptg semalam jenuh jugaklah aku teman adik aku gi carik Jubah utk dinner sekolah dia..Dah lah ujan lebat. Huih..Budak2 zaman skrg. Baru masuk alam asrama dah ber'dinner'2 bagai...zaman aku dulu pakai baju kurung biasa je tau! Tak de nak ikut tema2 ni smua.

Berbalik pada kes paksa memaksa ni... Aku geram dgn jurujual kat satu butik ni.. Nama butik tu ALFA. Pasti ramai yang tau butik ni.. Fofular lah jugak!! Adik aku ni agak tinggi.. Baru form 5, tapi ketinggian dah mcm model. Hahahhaa..mmg tggi!!

Mula2 tu, kami tanyalah kat jurujual yg pertama..


"kak, kat sini ada jual jubah kaler hitam tak?"


Menonong jurujual tu bawak kami ke bhgn belakang.. Mmg ada byk pilihan.. Tapi smua adik aku tak berkenan. Kualiti kain mmg bagus, cumanya design dan harga Jubah tu agak keterlaluan.. Tak sesuai utk adik aku yg sekadar nak gi dinner sekolah.

So, Adik aku kata dia nak tgk2 dulu.. Belek punya belek, abis satu butik tu dia tawaf...tak de satu pun yg dia berkenan! Pastu aku ajak lah adik aku tgk kat butik lain. Kot2 ada yg menepati selera dia. Dari kami terkebil2 buang masa kat situ, baik kami teruskan pencarian kat butik lain.. Kebetulan plak kami pun agak kesuntukan masa nak hantar adik aku balik asrama lagi..

Masa kami nak keluar dari kedai tu lah datang plak tokeh butik tu.. Dia tunjuklah smua koleksi2 terkini keluaran butik dia... Siaplah dia offer diskaun kat kami.. Huhuhuhu..aku mmg dah mcm terpengaruh. Ada plak design yg aku berminat..hik hik hik..

Heip..focus2!! Adik aku yg nak beli Jubah! So aku tolak cara baik.. Aku kata, lain kali je kami dtg lagi. Rumah mertua aku pun dekat area2 tu jer...Tapi, tokeh butik tu cam tak nak lepaskan kami keluar! Dia kata koleksi dia keluar Nona lah, WHI lah..mcm2 lah..Abis dia tarik mak aku suh tgk koleksi 'Jubah sekerat'. Dia kata kalau tema itam atau putih, tu dah dikira jubah.

Ish...Kot ya pun nak lakukan jualan dia.. Janganlah smp nak menipu! Terus aku rasa semacam je tgk muka tokeh butik tu!! Apa kes baju kurung moden (dah mcm blause pun ada aku tgk), dia kata kalau pakai dgn kain dah blh jadi jubah..wakakkaakakakaa.. Layan kan je lah... Dari ada yg malu kena gelak, baik aku beredar je lah dr butik tu...

Lepas dari butik tu, kami singgah lagi 3 butik. Semua butik tak de saiz adik aku. Bahu dah ok, kaki plak senteng. Labuh ok, Bahu plak mengelebeh.. Last2 kami anta adik aku balik asrama kul 7.25pm. Tu pun sempat gi singgah makan. Walaupun tak jmpa apa yg adik aku carik.. Aku dah dah jumpa apa yg nak beli utk baju raya aku & family nt =P

**Nantikan kemunculan butik saya ye kengkawan!! hik hik..  =)